Resepi Popcorn Noxxa, Penambat Hati Si Kecil




Umumnya anak anak sangat mengemari pop corn. Ia adalah kudapan manis yang simple dan ringan. Hidangkan satu mangkuk pop corn manis yang panas dan lihatlah sendiri telatah anak anak kegembiraan, memang satu nikmat bahagia yang tidak ternilai. :)

Resepi popcorn dengan periuk noxxa ini adalah ihsan perkongsian daripada sister @swytieana dari laman sosial Instagram beliau. Kami kongsikan semula untuk panduan anda.

Bahan Bahan

Minyak masak
Marjerin
Kernel jagung pop corn
Gula perang
Madu


Cara Penyediaan Pop Corn :
1. Panaskan periuk Noxxa menggunakan mod STIR FRY. Jangan tutup periuk dalam mod stir fry.
2. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dan 2 sudu besar marjerin.
3. Biarkan marjerin cair.
4. Masukkan 2 genggam jagung popcorn. Kacau dan ratakan dalam periuk noxxa.
5. Off periuk dan tutupkan dengan penutup tekanan.
6. Set mod HIGH PRESSURE selama 2 minit. Anda akan dengar bunyi 'pop' didalam periuk. Sekiranya tiada dengar bunyi pop, off HP dan buka periuk dan ulang semula HP.
7. Release pressure, buka penutup dan keluarkan pop corn.






Cara Penyediaan Caramel :
1. Panaskan periuk Noxxa menggunakan mod stir fry. Jangan tutup periuk dalam mod stir fry.
2. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dan 2 sudu besar marjerin.
3. Biarkan marjerin cair.
4. Masukkan 2 sudu besar gula perang dan gaul.
5. Off periuk.
6. Masukkan 2 sudu madu dan kacau.
7. Masukkan pop corn tadi, gaul mesra.
8. Sedia untuk dihidang!

Selamat mencuba!

 




*

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama

Iklan

AgroCash-i: Pembiayaan peribadi Shariah untuk kakitangan kerajaan & GLC terpilih. Kadar 2.62%, had RM250k, tempoh 10 tahun. Bayaran melalui potongan gaji & pinjaman dilindungi Takaful. Dapatkan Personal Loan AgroBank



Iklan