Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Noxxa, Simple dan Sedap

resepi ikan siakap tiga rasa periuk Noxxa

Hari ni KN nak kongsi resepi ikan siakap  tiga rasa dengan menggunakan periuk Noxxa. Oleh sebab ikan siakap yang KN beli saiz agak besar, jadi ikan ni tak sesuai digoreng dengan periuk Noxxa, ikan siakap goreng dengan kuali guna dapur gas.

Ikan masak 3 rasa ni tak la sama macam dekat kedai tomyam, ini versi simple apa yang ada je. So ini resepi yang sesuai ketika sibuk dan bajet terhad. Ikan siakap tiga rasa adalah menu yang sesuai dipadan dengan masakan tomyam campur, telur dadar dan kailan ikan masin. Terliur tak?...

Oklah jom kita lihat bahan bahan dan cara menyediakan masakan siakap masak 3 rasa ni:-


Bahan ikan siakap goreng 
1 ekor ikan siakap 
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa


Bahan  memasak kuah tiga rasa
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 3 ulas
Halia 1 inci
Serai 2 batang
Cili kering 1/2 genggam
Tomato 2 biji - 1 potong dadu, 1 kisar
Cili padi 4 biji
Garam & gula secukup rasa



Cara Penyediaan Ikan Siakap Goreng
ikan siakap goreng noxxa

  1. Lumur ikan siakap yang telah dibasuh dan dikelar dengan kunyit dan garam
  2. Goreng ikan sehingga garing


Cara Penyediaan Kuah Tiga Rasa
siakap masak 3 rasa
siakap masak 3 rasa noxxa
resepi ikan siakap 3 rasa periuk Noxxa
resepi siakap tiga rasa periuk Noxxa


  1. Kisar cili kering dan tomato 1 biji (asingkan dari 2)
  2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia. (asingkan dari 1)
  3. Set kepada fungsi STIR FRY, panaskan sedikit minyak.
  4. Tumis kisaran bawang besar, bawang putih, halia, sehingga naik bau, kemudian masukan kisaran cili kering dan tomato bersama.
  5. Tutup periuk Noxxa dengan penutup tekanan. Set HIGH PRESSURE tetapkan kepada 2 minit. Ini bertujuan untuk mempercepatkan cili masak dan pecah minyak.
  6. Selepas 2 minit, kembali kepada fungsi STIR FRY, masukan cili padi, serai, tomato dipotong dadu, garam dan gula secukup rasa.
  7. Kuah untuk ikan siakap masak 3 rasa sudah siap, sedia untuk dituang keatas ikan siakap goreng tadi.


Kalau tengok dalam gambar tu banyak kuah kan... Sebenarnya KN terlajak tuang kuah, nak adjust pun perut tengah bergoncang masa tu.. so snap gambar terus tak tungu lama.

Cuba buat resepi siakap tiga rasa ni ye, adjust la ikut selera sendiri contohnya tambah nenas, tambah asam limau dll. Banyak versi boleh buat. Cuma untuk kali ini, KN pilih resepi cara masak seperti diatas :)

Selamat mencuba!


*

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama

Iklan

AgroCash-i: Pembiayaan peribadi Shariah untuk kakitangan kerajaan & GLC terpilih. Kadar 2.62%, had RM250k, tempoh 10 tahun. Bayaran melalui potongan gaji & pinjaman dilindungi Takaful. Dapatkan Personal Loan AgroBank



Iklan